separator

PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC)

Program ini mempersiapkan para pelatih dengan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran terhadap kerja-kerja teknikal, kejuruteraan, penyelenggaraan dan operasi dalam industri minyak dan gas selaras dengan keperluan industri masa kini.

gambo2

LATAR BELAKANG

Johor Petroleum Development Corporation Berhad (JPDC) menjalinkan kerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi membantu meningkatkan peluang pekerjaan dalam industri hiliran minyak dan gas bagi pelajar-pelajar universiti tempatan. JPDC dan UTHM merancang untuk melatih bakal graduan daripada jurusan teknikal dan kejuruteraan di serata universiti/kolej bagi menjayakan program yang berkonsepkan“triple helix”.

Maklumat lanjut
gambo3

OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan dan objektif program latihan ini adalah untuk mempersiapkan para pelatih dengan pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja teknikal, kejuruteraan, operasi dan penyelenggaraan dalam industri hiliran minyak dan gas, bertepatan dengan keperluan industri luar. Program ini juga adalah untuk mempersiapkan tenaga kerja mahir untuk industri hiliran minyak dan gas yang sedang dibangunkan di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

Maklumat lanjut
Program ini telah terbukti menghasilkan tenaga kerja bertaraf dunia.

Sertai kami segera untuk mencapai impian anda!

Sertai Sekarang